Tiny Techies Sistem Kawalan Autonomi
16 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2026, dua orang peserta telah mengikuti sesi Tiny Techies iaitu Sistem Kawalan Autonomi yang dijalankan melalui platform NADIBOOK. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep sistem kawalan autonomi serta bagaimana teknologi ini digunakan dalam pelbagai bidang moden.
Dalam sesi ini, peserta turut didedahkan kepada bagaimana sistem autonomi berfungsi tanpa kawalan manusia secara langsung dengan menggunakan sensor, data dan atur cara tertentu. Selain itu, peserta juga mempelajari contoh penggunaan sistem ini seperti kenderaan tanpa pemandu, dron dan robot pintar yang mampu membuat keputusan sendiri berdasarkan persekitaran. Sesi ini turut menekankan kepentingan memahami teknologi masa hadapan serta peranan inovasi dalam memudahkan kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: